THE JUICIEST GRILLED CHICKEN
Not only juiciest but also simplest to make...betul senang sangat. Ayam dibersihkan kemudian dikeringkan. Saya lumurkan ayam bersama BBQ sos serbuk halia serbuk bawang putih , lada sulah, kicap pekat , kicap cair dan sedikit gula itu sahaja perap sekejap dan grilled.. Mudah dan resipi ini juga sesuai untuk BBQ. Kadang-kadang kita tak perlu renyah-renyah bila hendak buat grilled chicken ini kerana biasanya sos untuk dimakan bersama chicken ini dah menjadikannya sedap
Untuk sidenya pula saya celur broccoli dan pasta dan tidak lupa untuk memeriahkannya dengan potato wedges
The Juiciest Grilled Chicken
Cara Penyediaan:
- Bersihkan ayam dan lap sehingga kering.
- Potong dada ayam kepada 2 supaya menjadi nipis atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perap mudah meresap (optional)
- Lumur ayam dengan semua bahan.
- Perap selama minimum satu jam.
- Menggunakan non stick pan, grill ayam selama lebih kurang 15-20 minit (atau sehingga keperangan dan masak.
Notes
Backup Disaster Recovery
ReplyDelete